YaTiRaMLi
hari ni, jadi antara the most terrible day in my life..rasa moody, rasa sedih (dan tiap kali perasaan ni datang, rasa mcm nak balek jumpa mak skang) T.T

sesungguhnya, if i can turn back the time, saya taknak:
1. kenal dia
2. jumpa dia
3. berkawan dengan dia
4. rapat dengan dia
5. suka dia
6. berkorban untuk dia
7. percaya dia
8. sayang dia
9. cinta dia

semoga Allah kuatkan hati untuk membuang dia dari hidup saya.
YaTiRaMLi
kene tipu..cett cett..inilah akibatnya apabila buta IT..tskkk. kejadian berlaku pada suatu malam yang tenang, tengah2 layan godek2 lappy kesayangan, baca blog, tengok facebook (akibat membuat keje2 tak berfaedah..tskk), maka terpop-up (rosak bahasa melayu tskk) la satu security tool yang tanpa disuruh, rajin tak rajin, mengscan (lagi sekali rosak bahasa ibunda tskk) lappy kesayangan ini lalu terjumpa la beratus2 virus, trojan, worm dan seangkatan dengannya.
.
rupa security tool yang dengan bangga memaparkan telah berjaya mengscan virus2 yang kononnya dialah security tool yang hebat..cettt!!!
maka, sebagai seoprang yang buta IT, dengan patuhnya telah mengikut segala arahan yang diberikan.tskk.. risau beb, banyak mende penting kat dalam tu. draft paper (walaupun baru 1 muka surat..tskk), draft thesis (walaupun tak sampai 10 pages..tskk), risau tetap risau. bagai lembu dicucuk hidung, bersetuju je dengan setiap cadangan yang diberikan..dan jeng jeng jeng..at last,security tool yang hebat ini memaparkan; "to continue protected your pc, please make payment bla bla bla.." cett cett dan cett!!
.
disebabkan ketidakmampuan memiliki kad kredit (nasib baik takde. kalo ada mau kene tipu lagi..tskk), maka telah memilih butang "continue unprotected" macam dalam gambar kat bawah..tskk.
tapi cett cett dan terus cett bile security tool yang konon hebat ni asik pop-up kat screen lappy ku memberitahu betapa kritikalnya lappy ku ini.tskk.
.
tapi nasib baik la wujud jugak orang yang celik IT kat dalam dunia ni. kalau tak..tskkk.
.
kesimpulannya, jangan la simply percaya dengan bende2 yang konon hebat seperti tersebut disini T.T
YaTiRaMLi
ketahui lah saya sangat jeles dengan kamu, mereka, dia, dan sape2 je yang boleh balek kampung seminggu sekali, tanpa perlu ambik kalkulator kira berapa bajet abes untuk balek kampung, tanpa perlu tekan pedal minyak 4jam tanpa henti, tanpa perlu karaoke sorang2 dalam kete macam orang gile (tskk..gile parah) dan tanpa perlu rasa susah hati pikir bila lagi dapat balek kampung..tskk tskk T.T

pemanduan yang gile bosan apabila hanya kereta ai sahaja yang ada kat sepanjang lebuhraya T.T

sangat rindukan wajah ini T.T

walaupon tak dapat bersembang, cukup la dapat bersua muka, care of her dan temankan sampai mak tido..

dan juga rindukan rumah ini dan mereka-mereka yang ada di dalam gambar itu T.T


nak balek kampung!!!!! tskk T.T
YaTiRaMLi
saya sangat sayang beri hitam botak saya. sebab beri hitam botak saya sangat macho dan bergaya. namun, disebabkan beri hitam botak, saya terpaksa membayar rm40 sebulan untuk menjadikan saya botak. tskk.. adakah anda tau? dengan rm40 itu, saya boleh mencuba kfc snack box sebanyak 9 kotak (masih berbaki rm1.30 sebelum ditolak cukai perkhidmatan), lalu boleh berlagak seperti iklan kfc- cuit2 sape2 yang tak kenal dan cakap jom saya belanja..teeheehee..
.
namun, suatu hari terpandang satu iklan yang berbunyi "BBM with X-pax; get it all with only 50sen per day". 50 sen je untuk 1 hari beb. rm15 je untuk sebulan beb..tapi anda jangan tertipu seperti saya (padahal sengal tak baca betol2), lalu teruja, lantas terpikir sekarang jugak nak gi celcom dan menjadi pembelot kepada maxis..tskk..
rupa2 nya, tu untuk BBM (blackberry messanger) sahaja..lagi sekali, untuk BBM sahaja. bukan untuk BIS (blackberry internet servis).tskk tskk..
.
namun harapan kembali bercahaya bile terpandang kotak dibawah;
blackberry social plan hanya untuk rm1 per day. maknanya, rm30 je sebulan beb. jimat rm10 beb. dengan blackberry social plan, saya boleh mengakses mukabuku saya, dan boleh berchit-chat dengan riang gembira and more! tapi..tapi.. "more!" to ape? tskk tskk..
.
terasa seperti ingin ke celcom center sekarang dan bertanyakan apakah "more!" yang dimaksudkan. saya mahukan akses kepada blackberry application world supaya saya boleh mengdownload bermacam-macam aplikasi sampai penuh memori dan menukar theme seminggu sekali. teehee..dan untuk berbunyi profesional, saya perlukan akses kepada emel2 saya supaya tidak terlepas emel penting bila setiap kali beri hitam botak saya berbunyi untuk memberitahu- emel penting! emel penting! sila baca!! teehehee..tapi..tapi..untuk ke celcom center, tiada sape yang boleh temankan saya..tskk tskk..
.
oh! terase tak sabar nak keje supaya saya tak perlu berfikir panjang untuk membayar rm40 sebulan (tambah bil tepon rm150 sebulan) sampai penin dan rase seperti ingin menjadi pembelot.tskk tskk..
.
p.s. Dr.su..saya tak nak sambung post-doc boleh?tskk tskk..
YaTiRaMLi
bila diri dibelenggu rasa syak wasangka, adakah salah untuk berterus terang?

adakah salah bila mencari kepastian?

sangat terguris

sangat terguris

dan sangat terguris ;(
YaTiRaMLi
tiap kali cakap, mesti nak sebut ohh!! teehee..okeh.kali ni, tajuk entri sudah terang lagi bersuluh. semestinya saya nak cakap pasal bende besi yang hebat tu.tapi sebab usia baru nak meningkat dewasa (tetiba terasa dah tua..tskk tskk), maka saya hanya akan cakap pasal kereta yang dikelaskan sebagai B (terase seperti menulis karangan bahasa melayu untuk tajuk: kereta idaman saya..teehee).


bila cakap pasal kereta standard B, dulu mesti terbayang toyota vios "moving forward" atau honda "the power of dreams" . tapi, kini tidak lagi setelah munculnya Kia Forte "Leaves You Speechless" . dan sekarang terasa nak pitam bile tengok forte di atas jalan raya..tskk tskkk..


okeh.dulu memang minat vios habis. tapi, bila kakak pon dah pakai vios, terus padamkan niat nak pakai vios jugak.tabbest la kalo sama kan.nanti mesti mak ayah dah tak merasakan kelainan bila naik kereta vios baru saya sebab dah biasa naik kereta vios kakak (logik kan alasan tu..teehee). .

harga vios bermula dari RM 70,873 [1.5J (MT)] hingga RM 90, 819 [1.5 TRD sportivo (AT)]. kalau saya banyak duit, sudah pasti saya akan memilih sportivo. nak tau sebabnya?dengan sportivo, dia dah lengkap dengan front and rear bumper spoiler, side skirting dan trunk spoiler.oleh itu, anda tak perlu ke workshop ah chong untuk mencantikkan kereta anda.teehee..ada lagi, seat dia pun comes with black and red yang hanya sportivo je ada (walaupon myvi SE pon pakai seat black and red, tapi sesungguhnya ia nya tidak sama dengan seat sportivo) teehee..pastu kan, carpet kat dalam pun cantik. oleh itu, anda lagi sekali tidak perlu ke bengkel ah chong untuk memasang carpet baru yang cantik :p

sila rujuk gambar rajah di bawah untuk melihat bagaimana paras rupa sportivo yang saya maksudkan.tskk tskk..rasa nak menangis tengok sportivo..tskk tskkk.



honda city pulak, it only comes with 2 grades; S (RM 82,746.50) and E (RM 87,642.50). disebabkan harga yang tak banyak beza, saya syorkan lebih baik jika memilih gred E. sebabnya? kalau korang tengok kereta ni kat atas jalan raya pun korang tau kan (kecuali yang buta kereta..opss..teehee). perbezaan yang paling jelas, gred E datang dengan tayar 16" yang mempunyai rim lebih cantik berbanding gred S yang hanya bersaiz 15".



haa..dah kenal dah rope honda city? kalo tak kenal gak honda city tu camne rupanya, rasenye baik pegi bertapa kat dalam gua..teehee..


dan inilah dia forte yang menjadi idaman ramai untuk 2010 ini. sangat smart dan macho..tskk tskk..rasa nak menangis sampai nak pitam..tskk tskkk. harga bermula dari RM 75,800 [1.6 (A) EX] hingga RM 93, 800 [2.0 (SX)].


ape yang best?? forte ni dilengkapi dengan engin start & stop button, 4 ultrasonic RPAS sensor, radio/cd/mp3 dengan USB ipod connectivity, tayar 17", pastu macam kereta2 mahal, dia siap ada side and curtain airbags. fuh fuhh..
.
dah la.taknak cakap lagi pasal forte. jeles..jeles T.T
.
ohh!! tapi saya tetap bersyukur memiliki myvi sendiri >.<


p.s. kalo nak tau lebih lanjut pasal kereta2 tersebut, sila pergi ke website masing2 sebab saya dah malas nak melalut.teehee.
.
chow ;)

YaTiRaMLi
makan itu nafsu? atau adakah nafsu itu sejenis makanan..erkk..beginilah jadinya bile kewarasan sudah ditahap minimum kerana menahan rasa lapar di tengahari terik di hari sabtu yang ditinggalkan keseorangan dirumah bujang..tskk tskk..

kebosanan melampau telah mengheret penghuni bujang ini mengscrol (jangan tiru ayat tersebut dan paste dalam karangan bahasa melayu anda) album-album lama dan maka terjumpalah satu album gambar yang makin membuatkan lagu singgul-singgulan, cubit-cubitan berbunyi makin kuat sehingga membolehkan gegendang telinga pecah tapi nasib baik tak perlu berjumpa pakar E&T..teehee..
.

okeh okeh..mari kita tengok ape gambar itu (macam la ada orang nak baca aku nye blog) teehee..tapi takpe..yang penting, at least aku tau, cik juya atau cik ira amira mesti baca..teehee..tapi aku pasti, pasti cik ira amira rasa geram2 tengok gambar ni dan terus pegi airport nyorok masuk dalam beg sinchan konon-konon nak gi jepun tapi tersilap sampai ke afrika..teehee..
.
gambar2 roti ni aku snap kat kedai ala-ala baker's cottage tapi bukan baker's cottage, bukan juge kat kedai arumugam, bukan juga kat kedai wong ah lek (nama yang disebut tiada kaitan antara hidup dan mati..teehee). aku berjaya mengsnap (jangan bercita-cita nak tiru ayat tersebut) gambar2 roti ni yang terletak di negara matahari terbit (jepun lorr). tuan kedai tu pandang-pandang jeling-jeling kelakuan sumbang aku tapi buat2 tak paham sudah.teehee..ala..aku bukan nak curik seketul pon..
.

korang pon tak yah jeles sebab aku tak leh nak mamam pon roti2 tersebut sebab dikhuatiri menggunakan pengawet yang berasal dari bab1 ataupon menggunakan vinegar yang ada sumber alcohol..tskk tskk..tapi kenape kat malaysia oh panasnya malaysia tak ada jual roti sebegitu rupe??kenape?kenape??tskk tskk..oh! tetiba emotional sebab perut tengah bersinggul-singgulan lagi..teehee..
.
roti ni nampak sangat crunchy nyum nyum..


krokkk krukkk perut bebunyi sambil menjilat-jilat bibir bile tengok roti ni..tskk tskk..peanut bread yang paling sedap lagi menawan yang pernah aku tengok (krokkk krukkk lagi..tskk tskkk)

yang ni pon nampak sedap..nyum nyum..nampak seperti potato yang dislice nipis2 seperti potato wadges kfc tapi lagi nipis dari potato wadges kfc, kemudian letak dalam ramuan gandum yang diuli cantik-cantik bla bla bla..

roti ni pulak..mak aiii..tengok badam yang berlambak kat atas roti tu membuatkan aku menelan air liur berpuluh2 kali lantas teringatkan almond london yang ada badam sebijik tu pon dah rase sedap..tskk tskk..



overallnye, sume sangat sedap nyum nyumm tapi terpaksa menahan nafsu melihat kecantikan roti2 tersebut..tskk tskk..harap2 time aku pregnant (cepat!! doakan aku..teehee) tidak mengidam untuk memakan roti sebegitu rupa..
.
oh! i dun feel to describe about that bread anymore..krokkk krukkk T.T
.
YaTiRaMLi

tengok tajuk entri, mesti terbayangkan bende besi yang ada kaler putih, hitam, merah, kelabu bla bla bla tu kan..sungguh kamu mata besi sama dengan cik yati juge..teehee..maka di sini ingin diterangkan, bukan caldina yang ingin diperkatakan, bukan jua harrier (tetiba di usia meningkat remaja, terasa harrier itu sangat macho untuk dipandu..teehee), bukan jua forte (pitam tengok kete ni..antara kereta standard B yang smart lagi macho..erghh..pitam pitam) dan bukan jua memperkatakan pasal myvi putih (eh itu kete saya..kete saya - bersyukur memiliki myvi sendiri dikala berusia 23tahun..padahal downpayment ayahanda yang bayarkan..teehee)
.
cik yati! berhenti melalut skang.ok! fokus! fokus!! (tp bilekah perkataan "cik" kat depan tu nak bertukar jadi perkataan "puan" ek..teehee) oh! lagi skali, tersasar dari tujuan asal. okeh! saya fokus sekarang >.<
.
pejam celik, pejam celik, dah umo 24tahun (kalo org dolu-dolu, dah ada anak sedozen dah..teehee) tapi aku?? aku?? aku dah jadi ape?? semestinya masih lagi menjadi manusia yang ada 2 mata, 1 hidung, 1 mulut dan 2 telinga..teehee..oh! lupa..alhamdulillah ;)
.

tengok balek gambar2 di kala lampau, rasa macam tak sanggup nak tengok sebab comel sangat (padahal, sebenarnye sememeh nak mampuih..teehee). gambar masa aku berumur sehari sampai awal2 sekolah menengah sudah pupus sebab aku dah hilangkan beralbum-album gambar dikala usia itu bersama-sama lesapnya juga gambar bersama famili tercinta disebabkan kesengalan sendiri..tskkk tskkk..gambar semasa memakai gown biru ada reben2 ambik kat atas tangga di sebelah pasu bunga kini tiada lagi..tskkk tskkk..
.
tinggal lah beberapa keping gambar yang di "save picture as" daripada mukabuku (facebook la tuh) teman2 seangkatan..tskkk tskkk..
.
gambar masa form4..sangat innocent, muka budak2 yang konpem kalo jumpe bakal mak mertua time nih, mesti tak leh kawen lagi..teehee..

gambar masa matrik pulak ada dalam album yang saya janji tak kan hilangkan lagi sampai dah ada 30 org cicit..hohoh! takde gambar digital sebab masa tu masih lagi memakai kamera cabuk yang kene beli filem jenama kodak-abes 36keping gi cuci-balek tengok damn 20 keping gambar tak jadi..tskk tskkk..

mula2 masuk universiti, bertekad berazam nak jadi gadis ayu macam kakak2 saya yang ayu suka pkai skirt-bila jalan lemah lembut, lantas makcik2 terpikat nak buat menantu.tapi tidak saya.tskk tskk..oleh itu, harus dibuktikan saya juga ayu..jadi, telah membeli skirt kali pertama di usia sweet21, lantas memakainya pada makan malam tahunan (annual dinner lorr). pastu tobat angkat sumpah tak akan pakai lagi, lalu mendermakan skirt itu pada kakak yang ayu..tskk tskk..(rupa sendiri dikala usia sweet21 seperti makcik beranak 5..tskk tskkk)

Disebabkan kegembiraan terlampau menjalani kehidupan di universiti, maka telah berjaya menjadi tembam berberat (erkk) 45kg..yeayy! yeayy! saya sehat dan kuat! (sila nyanyi seperti dalam iklan ho ho horlick).teehee..

Tapi, malangnya, disebabkan kesedihan melampau (cerita terpaksa dirahsiakan untuk tontotan umum..hukhuk), berat telah berberat (erkk) 40kg.. tapi, bila dah pegi jepun di kala berusia 23tahun, setelah berhibernasi dimusim sejuk, maka berjaya mentembamkan balik muka saya..yeayy! comel kan gambar seperti dibawah..teehee..
oh! gambar ini juga..saya sangat tembam rase nak cubit-cubit pipi sendiri..teehee..

tapi, bile balek malaysia oh panasnya malaysia, ketembaman itu berkurang dan berkurang (saja letak gambar ni sebab nampak lesung pipit..teehee)
dan nak letak jugak gambar gedik pakai spek hitam beli kat nose yang berharga rm39.90..teehee..tapi sebenarnya nak cakap kat sini, oleh kerana telah menjadi dewasa berumo 24 tahun, maka jerawat telah kembali memenuhi muka..tskk tskkk..

ohh!! saya nak muka berkulit mulus seperti semasa saya bergraduasi (setelah berjaya menghilangkan jerawat kerana memakai produk kecantikan yang dibeli oleh ibunda tercinta) tapi produk tidak dapat dinamakan kerana tidak mendapat komisen untuk pengiklanan..teehee..





banyak menyebut teehee kerana bajet ingin gelak seperti hanis zalikha. teehee =)