YaTiRaMLi

akukah yang sensitif?? T.T


YaTiRaMLi
copy from fren...
Assalamu'alaikum w.b.t

Berhijralah ke arah yang lebih baik bersempena tahun baru!

Ingatlah setiap dosa atau maksiat yang dilakukan mempengaruhi KPI (Key Performance Indicator) bagi diri kita. Semakin banyak maksiat yang dilakukan, semakin merosot kedudukan kita disisi ALLAH . Tiada jalan lain selain bertaubat kepada ALLAH sekiranya kita masih inginkan KPI yang berprestasi ditahun-tahun seterusnya . Selama kita hidup didunia ini, mungkin sahaja KPI kita berada pada tahap turun dan naik dan janganlah jemu untuk BERTAUBAT. Ingatlah setiap amaran dari ALLAH seperti kekusutan, masalah hidup, kekurangan rezeki, kerja-kerja yang gagal dilunasi mungkin adalah amaran dari ALLAH agar kita segara kembali kepadaNYA. Janganlah kerana hanya ingin mengejarkan DUNIA MATERIALISTIK sehinggakan kita sanggup untuk berubah menjadi MANUSIA PLASTIK.

Semoga amalan tahun ini dan tahun akan datang diterima and sentiasa diberkati olehNYA


Selamat Tahun Baru Hijrah!!! Hijrah membawa Izzah (mulia)