YaTiRaMLi
kejadian bermula: 15jan2011.

decided nak bawak mak gi hospital since doctor2 kat malaysia ni sangat teror sampai sorang ckp len, sorang lagi cakap len *ingat mak kite ni bahan eksperimen ke?? @&^%(()&**

seminggu kat KMC, tak nampak ada perubahan sangat ;(

.
part yang paling susah, bukan setakat kene jaga mak, tapi kene tengok2 kan ayah sekali. tu pun dah rasa susah. memang anak tak guna..tskk. jadik penat bila ayah dah jadi over-sensitif skang..mesti ayah sedih sebab dah takde teman nak berborak..lgi skali jadi anak tak guna. tolong jadi teman borak ayah pun susah..memang tak gune..tskk.
.
murni tak bile cube siapkan slide presentation tgh2 malam mase mak tengah tido? murni kan? tapi gimik je sume tu..tgh riso, cmne nak berpikir?? tskk T.T


akhirnye, transfer mak gi pcmc..since, we need an expert neurosurgeon and the best one is in PCMC, kl.



Had a surgery again at her brain since ada clot yang menyebabkan pressure kat otak dah jadi sangat tinggi..kesian kat mak :(. hope she can be stronger and stronger.

dah operate sebelah kiri, this time kene operate sebelah kanan pulak :(



alhamdulillah, bile seminggu after operation, dah boleh buat fisioterapi, letakkan atas wheelchair. alhamdulillah, she can tolerate with the therapy walaupun still takde menunjukkan pape respons :(


and finally, discharge!! alhamdulillah. mule2 sangat hepi yipiie yippiee sebab nampak mak macam ok sket compared to before. *tangan dah boleh gerak2, anak mata dah boleh respons*




tapi baru 4 hari discharge, mak admitted again ;((

terlalu berat dugaan yang mak hadapi. ya Allah, kuatkanlah mak. kuatkan lah keluarga kami juga supaya redha di atas dugaan yang Kau berikan. aminn..

YaTiRaMLi
dapat title "yati, the hiking girl" bile budak jepun tu kagum aku dapat memanjat gunung datuk ni.. *padahal diorang tak tau, dah gile semput nak sampai ke puncak tu..nasib bek tak jatuh tergolek ke bawah je..hahah*
.
start pendakian on 8th january 2011..excited nak mendaki, sampai lupa birthday kak nor pada hari kejadian..ampunn..dah dapat handbag cantik kan..so, sile senyum skang!! heheh.
.
panjat tak sampai setengah jam, dah semput..dapat pulak duduk atas batu besar yg sejuk..bontot pun terasa nyaman..hahah.
.

tetapi, bukan saya sorang je yang pancit..rupanya sportsmen pun pancit gak..hahah *gelak jahat*
.

bile pancit, mari la kita berehat di bawah pokok sambil makan roti..konon makan roti nak tambah tenaga tapi lepas makan, rasa perut makin berat, jadi macam makin semput nak mendaki..tskk T.T
.

part paling best sepanjang hiking ni, dapat tengok keindahan alam ciptaan-Nya..



walaupun takde pakai dslr, tapi berjaya gak ape mengsnap gambar dengan cantik..hikhik.



semut gergasi..kalau kene gigit dengan semut ni, konpem demam sebulan.hohoh.

terdengar bunyi kera sahut-sahutan..cuba intai kat atas pokok, dia men nyorok2 pulak..baa cakk..heee..
bunga yang cantik pun boleh tumbuh kat atas puncak gunung..subhanallah.



kalau gayat, duduk kat bawah tengok orang panjat je la ye..teehee *sila baca dengan nada humble sebab saya letak gambar ni bukan untuk tujuan berlagak*..teehee..





eh..ada lagi satu gambar..teehee..



dan akhirnya, yeyy!! kami sampai di puncak!! fuh fuh..tercungap2 bile dah sampai atas..konpem turun 1 kg..hahah.



eh..saya berada lagi atas dari mereka :p


bergambar itu penting..hahah.



dah start menjadi poyo..naseb ko la man dapat kawan camwhore macam aku..hahah.



lagi..teehee..



dan lagi..teehee..tapi apesal sume gambar tengah bercekak pinggang??hahah.


okeh..gambar ni bercekak pinggang dengan sebelah tangan..tak sama dengan gambar kat atas..hahah.


bile dah selamat turun dari pendakian, ada jeram best menanti ketibaan kami..waaooweiii :))

kaki je dapat berendam sebab konon malu nak mandi-manda bersama-sama mereka..hahah.


gaya kretiviti mereka..hebat kan?? ok! saya impressed!!

tengok mereka mandi-manda sampai mengigil-gigil, ishhh..jeles sungguh..tskk.


overallnye, pendakian yang sangat beshhh!!! gambar makan cendol kat kedai wak leman, lupa lak nak capture..teehee..
.
jom hiking lagiiii :))
* location: Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan.

YaTiRaMLi
sume mesti setuju kalau cakap bercuti itu indah kecuali kalo time gi bercuti, tetiba purse hilang, jadi kene merempat duduk kat kaki lima sebab takde duit nak bayar bil hotel *tskkk* atau kene cirit-birit, jadi hanya berkesempatan melihat panaroma dalam toilet *yekkss..tskkk* ataupon tengah2 bercuti, tetiba supervisor call; "siapkan project report before lunch time, today!", padahal masa tu dah pukul 11 pagi, dan tengah gedik di shoping mall..tskk..gile tragis T.T
.
saya tersangat2 perlu merehatkan otak dan tempat yang menjadi idaman kalbu adalah JAKARTA!!! waooweiii..

oh!! saya tipu..tu bukan tempat yang menjadi idaman kalbu tapi kat situ jek yang mampu dan terdaya untuk saya membayar harga tiket..tskk T.T..tapi takpe la..asalkan dapat bercuti kat oversea..ahakkkss :p

kalau nak cakap tempat yang menjadi idaman kalbu, mesti lah kat sini:

waooweiiii..nak naek gondola ni jugak..tak kira!! tak kira!! *yang, i save this one for our honeymoon k...kiki* erkkk..tengah praktis nak cakap ayat ni kat future husband sambil tunjuk2 gambar ni walaupon skrg ni pakwe pon takde..hahah.


yang, gile romantis kan tempat ni..ahakkss *berangan lagi :p*


yang, kat sana time malam sangat sangat cantik..so, jangan la asek ajak ayang terperuk kat dalam bilik je..kikiki :p *opsss.. :p*


haa..dah..sudah..sudah!! now, back to reality..oh!! nak pegi jakarta..walaupun duit yang ada cukup2 makan je..tskkk..jadi, jangan ngengade mintak saya belikan souvenir, ok!! hahah.


anne..nanti bawak i datang shoping kat sini tau!! i jeles tengok u shoping kat sana tak ingat i :p

anne..nak tengok hotel ni jugak..gile admire dengan architecture dia..tapi kalo anne nak belanja tido kat sini, lagi i suke..sayang u muahh muahh..teehee :D


tapi, i tak kesah pun u nak bawak i pegi mana asalkan dapat jalan dan jalan tengok pakwe2 ensem..nak yang ensem macam hero indon kat dalam tv tuh tau, taknak yang macam PATI kat tanah melayu tau! teehee..

tapi..tapi..boleh ke nak pegi..tskk..labwork belambak, progress lembap!! tskkk..huwaaa T_T
YaTiRaMLi
dah lama gile tak melalut kat sini. bajet macam bz je, padahal malas kut..hee :p


masa 2nd entry dulu, penah janji nak masukkan entry pasal anak sedara baru, the 31st..am happy with the number..haha. so, here she is :)


nama diberi siti nur alya qaisara. mentang2 nama mak dia siti, nama anak pun nak letak siti..layankan aje la..hehe. tapi nak kasi tau gak, nama "qaisara" tu mokti yang letak ye. comel kan nama tu..comel kan??bek cakap comel sekarang!! grrr :p


tengok gambar ni, mesti orang cakap, alahai..kecik tonet nye qaisara ni. memang kecik bangat. nak pegang pun takut kot..hoho. berat dia 1.8 kg jek sebab deliver masa usia kandungan baru 7 bulan..supposely she will born on 16february2011 tapi tup2 30december2010..haa..cakkk..saya dah nak kuar..hee. tak sabar nak balek umah this weekend nak pegang si kecik tonet ni. kite tengok mokti berani ke tak nak pegang qaisara..hehe.


cian tengok qaisara masa duduk kat dalam incubator..cepat2 besar ye sayang :)
.
alolololo..comelnye dia tido :)
.
and the fact is, muka dia sebijik ikut mama dia..grrr..gerammm!!! tak sabar nak cubit2!! :p