YaTiRaMLi
tiap kali cakap, mesti nak sebut ohh!! teehee..okeh.kali ni, tajuk entri sudah terang lagi bersuluh. semestinya saya nak cakap pasal bende besi yang hebat tu.tapi sebab usia baru nak meningkat dewasa (tetiba terasa dah tua..tskk tskk), maka saya hanya akan cakap pasal kereta yang dikelaskan sebagai B (terase seperti menulis karangan bahasa melayu untuk tajuk: kereta idaman saya..teehee).


bila cakap pasal kereta standard B, dulu mesti terbayang toyota vios "moving forward" atau honda "the power of dreams" . tapi, kini tidak lagi setelah munculnya Kia Forte "Leaves You Speechless" . dan sekarang terasa nak pitam bile tengok forte di atas jalan raya..tskk tskkk..


okeh.dulu memang minat vios habis. tapi, bila kakak pon dah pakai vios, terus padamkan niat nak pakai vios jugak.tabbest la kalo sama kan.nanti mesti mak ayah dah tak merasakan kelainan bila naik kereta vios baru saya sebab dah biasa naik kereta vios kakak (logik kan alasan tu..teehee). .

harga vios bermula dari RM 70,873 [1.5J (MT)] hingga RM 90, 819 [1.5 TRD sportivo (AT)]. kalau saya banyak duit, sudah pasti saya akan memilih sportivo. nak tau sebabnya?dengan sportivo, dia dah lengkap dengan front and rear bumper spoiler, side skirting dan trunk spoiler.oleh itu, anda tak perlu ke workshop ah chong untuk mencantikkan kereta anda.teehee..ada lagi, seat dia pun comes with black and red yang hanya sportivo je ada (walaupon myvi SE pon pakai seat black and red, tapi sesungguhnya ia nya tidak sama dengan seat sportivo) teehee..pastu kan, carpet kat dalam pun cantik. oleh itu, anda lagi sekali tidak perlu ke bengkel ah chong untuk memasang carpet baru yang cantik :p

sila rujuk gambar rajah di bawah untuk melihat bagaimana paras rupa sportivo yang saya maksudkan.tskk tskk..rasa nak menangis tengok sportivo..tskk tskkk.



honda city pulak, it only comes with 2 grades; S (RM 82,746.50) and E (RM 87,642.50). disebabkan harga yang tak banyak beza, saya syorkan lebih baik jika memilih gred E. sebabnya? kalau korang tengok kereta ni kat atas jalan raya pun korang tau kan (kecuali yang buta kereta..opss..teehee). perbezaan yang paling jelas, gred E datang dengan tayar 16" yang mempunyai rim lebih cantik berbanding gred S yang hanya bersaiz 15".



haa..dah kenal dah rope honda city? kalo tak kenal gak honda city tu camne rupanya, rasenye baik pegi bertapa kat dalam gua..teehee..


dan inilah dia forte yang menjadi idaman ramai untuk 2010 ini. sangat smart dan macho..tskk tskk..rasa nak menangis sampai nak pitam..tskk tskkk. harga bermula dari RM 75,800 [1.6 (A) EX] hingga RM 93, 800 [2.0 (SX)].


ape yang best?? forte ni dilengkapi dengan engin start & stop button, 4 ultrasonic RPAS sensor, radio/cd/mp3 dengan USB ipod connectivity, tayar 17", pastu macam kereta2 mahal, dia siap ada side and curtain airbags. fuh fuhh..
.
dah la.taknak cakap lagi pasal forte. jeles..jeles T.T
.
ohh!! tapi saya tetap bersyukur memiliki myvi sendiri >.<


p.s. kalo nak tau lebih lanjut pasal kereta2 tersebut, sila pergi ke website masing2 sebab saya dah malas nak melalut.teehee.
.
chow ;)

2 Responses
  1. JuYa Says:

    toyota caldina mane? hukhukkkkk! heee.


  2. YaTiRaMLi Says:

    kang kalo cite pasal caldina, aku mengarut sampai 10 hari ko baca baru abes citenya..ngee :D


Post a Comment